SINOPSIS
JOHARI : TERUSKAN PERJALANAN INI
Firdaus merayu kepada abang Johari dengan lirih, hampir kehabisan tenaga. Dia sudah tidak mampu meneruskan perjalanan. Abang Johari tersenyum sinis memandang Firdaus.Memang dia cukup sedar, Firdaus kelihatan begitu letih. Kemudian abang Johati mengalihkan pandangan kepada Azlina yang asyik mengambil gambar bunga lalang di tanah terbiar. Azlina sebaik sahaja sampai di hadapannya, abang Johari mengatakan eloklah jika Azlina mengambil gambar bunga lalang itu. Itu lambang kekayaan orang-orang di sini sebab itu tanah yang boleh mengeluarkan hasil dibiarkan menjadi taman lalang. Azlina segera tergelak apabila mendengar kata-katanya.
Abang Johari cuba menaikkan semangat Firdaus. Dia mengingatkan semula tujuan mereka berbasikal iaitu untuk menyahut cabaran datuk dan meliahat tanah air yang merdeka ini secara lebih dekat. Sesekali abang Johari menoleh Firdaus di belakang. Dia melihat kayuhan Firdaus semakin lama semakin perlahan. Mampukah dia sampai ke destinasi? Pertanyaan itu segera menyerbu ke benak Johari.
Sunday, 5 February 2017
Tuesday, 17 January 2017
KATA NAMA AM DAN KATA NAMA KHAS
Nota Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
Kata nama terbahagi kepada tiga iaitu kata nama am, kata nama khas dan kata ganti nama.
Kata Nama Am
Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.
Dengan kata lain perkataan nama am digunakan bagi menyebut sesuatusecara am atau umum.
Manusia , orang
|
ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll
|
binatang
|
ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll
|
tumbuh- tumbuhan
|
pokok, betik, rumput, lalang dll
|
benda
|
pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll
|
tempat
|
pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll
|
Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Contoh:
Dia sedang menjinakkan seekor gajah.
|
Pada akhir ayat
|
Gajah itu berbadan besar.
|
Pada awal ayat
|
Kata Nama Khas
Kata nama khas ialah kata nama yang khasnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.
Kata nama khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
manusia
|
Zaidi, Mei Fong,
Subramaniam
|
binatang
|
Tompok (kucing),
Jalak (ayam)
|
tempat
|
Muar (daerah),
Seremban (bandar),
Jepun (negara)
|
bangunan
|
Pudu Raya
(perhentian bas
dan teksi), Menara
Tun Razak (pejabat)
|
judul buku
|
Keluarga (majalah),
Rentong (novel),
Kamus Dewan ( buku)
|
benda
|
Proton Perdana
(kereta), Pilot
(pen), Seiko (jam)
|
Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
Kegunaan
|
Kata Nama Am
|
Kata Nama Khas
|
Benda
|
bangunan
kereta
buku
sekolah
|
Bangunan Tabung Haji
Proton Saga
Bahasa Melayu
S.K. Darau
|
Orang
|
doktor
kerani
guru
budak lelaki
|
Doktor Efendi
Puan Zainun
Cikgu Azmi
Muhamad Fauzi
|
Binatang
|
kucing
lembu
katak
ayam
burung
|
Si Tompok
Lembu Sapi
Katak Puru
Ayam Belanda
Burung Murai
|
Tempat
|
negeri
bandar
kampung
tasek
|
Terengganu
Jerteh
Kampung Pasir Akar
Tasek Perdana
|
Tumbuhan
|
pisang
cili
jambu
limau
|
Pisang Emas
Cili Padi
Jambu Batu
Limau Kasturi
|
Subscribe to:
Comments (Atom)